Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
The prevalence of HSV infection in the population of the planet is greater than 90%. The virus can be activated at any person due to lower immunity. valtrex ( valcyclovir hcl ) Recurrence of genital herpes (herpes and face, buttocks and any other location) in women during pregnancy can cause miscarriage, missed abortion, stillbirth, fetal death, preterm birth, as a result of viremia (virus yield in the blood).
Anda di sini > Home Khabar Sistem kesan pembuangan sisa toksik
Wed 16 Apr 2014
 
Sistem kesan pembuangan sisa toksik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor   
Rabu, 14 Disember 2011 17:35

NUSAJAYA: Perbuatan tidak bertanggung jawab pemilik kilang membuang sisa toksik kini lebih mudah dikesan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan penggunaan sistem e-consignment note.

Melalui sistem itu, maklumat lebih mudah dikumpul kerana pihak pengurusan kilang boleh menghantar maklumat secara online.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri, Tan Kok Hong, berkata sistem berkenaan turut meliputi pemberitahuan, jumlah dan pergerakan penghasilan buangan berjadual.

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil jika pemeriksaan oleh JAS mendapati pihak kilang tidak menggunakan sistem ini.

"Bagi kes-kes pelupusan buangan berjadual atau buangan toksik, JAS akan mengambil tindakan mahkamah di bawah seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori tidak lebih lima tahun dan tidak melebihi RM500,000" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ng See Tiong (BN-Parit Yaani) berkenaan kaedah yang digunakan oleh JAS bagi mengesan pembuangan sisa toksik secara haram dan tindakan yang dikenakan, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-12, di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai) mengenai jumlah kompaun yang telah dikeluarkan dan tindakan yang boleh diambil, Tan berkata sebanyak 1,073 kompaun telah dikeluarkan oleh JAS terhadap syarikat-syarikat yang ingkar dan membuang sisa pepejal di tempat yang bukan ditetapkan.

"Pembuangan sisa pepejal dan toksik secara haram ini boleh dianggap sebagai satu perbuatan jenayah dan kompaun telah dikenakan kepada premis-premis terbabit," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

Johor tidak setuju buka kasino
05 January 2014
NUSAJAYA: Kerajaan negeri tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan mahupun perancangan daripada mana-mana pihak untuk membuka pusat perjudian atau kasino di negeri ini.
More in: Fokus Harian
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]