|
Pengerang akan jadi hab minyak terbesar di Malaysia |
|
|
|
|
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh
|
|
Khamis, 14 Julai 2011 00:00 | 3716 hits
|
JOHOR BAHRU: Pengerang bakal menjadi satu lagi kawasan yang pesat membangun selepas Iskandar Malaysia apabila ia dibangunkan sebagai hab minyak dan gas terbesar di negara ini.
Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata, projek terbaru di situ adalah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) bernilai RM60 bilion yang akan dibangunkan oleh Petronas.
Katanya, projek itu bakal menjadikan Pengerang sebuah pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia.
“Buat permulaan ia akan membabitkan kawasan seluas kira-kira 809 hektar.Petronas sudah membuat kajian terperinci dan kini berada di peringkat akhir untuk pelaksanaan projek itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Harta Tanah anjuran bersama Persatuan Penilai-Penilai Sektor Awam Malaysia dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata, potensi Pengerang untuk berkembang sebagai hab minyak dan gas sudah dikenal pasti sejak tiga tahun lalu.
Katanya, Pengerang memiliki kawasan perairan dalam yang sesuai untuk pembinaan jeti bagi tujuan pengangkutan produk-produk itu, selain terdapat kawasan yang luas untuk pembangunan projek dalam bidang berkaitan.
“Kita ada beberapa ribu ekar kawasan untuk pelaburan dalam sektor ini bukan sahaja untuk tempoh tiga tahun tapi juga 10 tahun akan datang,” katanya.
Sebelum ini, Dialog Group Bhd. (Dialog) telah melabur dalam sektor penimpanan minyak dan juga merancang untuk membina terminal petroleum laut dalam bebas di situ dengan kos RM6 bilion di kawasan seluas kira-kira 202 hektar.
ИЗОБИЛЬНЫЕ ВОДЫ Лучшие куски акульего "Читать книгу эрагон онлайн"мяса, снятые с костей и нарезанные "Скачать драйвера для cd rom"тоненькими ломтиками, коптились и жарились на спермацетовой светильне. То, о чем я буду говорить, не "Топ топ топает малыш скачать минусовка"столько касается подсудимого, сколько того человека, "Детские электронные книги скачать"который должен занять его место. Вам начинает казаться, что вы "Sony ericsson wt19i инструкция"стоите неподвижно в центре огромного круга, под огромным сводом, и у "Нюша вою на лун скачать"вас нет возможности воспринять целиком всю грандиозность нескончаемого водного простора. Вытащенные булавки "Скачать альбом насти и потапа"с флажками "купить авто в ккредит выгодные предложения"валялись под столом. С быстротой, поразившей всех присутствующих, Зеб вскакивает на спину своей "Скачать игры установку"лошади и отъезжает от дуба. Тем временем за складом "Скачать фильм с сестрами олсен?"другие гонведы-гусары залезли под юбки чернооких дочерей избитых евреев.
 |