Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Majlis Kebudayaan Johor dan YWJ Anjur Sambutan Hari Raya
Sun 19 May 2013
 
Majlis Kebudayaan Johor dan YWJ Anjur Sambutan Hari Raya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Aivizanoorwani   
Khamis, 23 Oktober 2008 08:00 | 876 hits
JOHOR BAHRU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor (YWJ) semalam berlangsung dengan mengekalkan adat Melayu. Suasana Hari Raya dirasai apabila acara dimulakan dengan marhaban daripada kakitangan YWJ.
Tetamu yang hadir pada majlis di rumah limas YWJ itu berpeluang menjamu hidangan raya di meja bersila sambil dihiburkan dengan persembahan daripada Orkestra Asli Iskandar Johor, artis YWJ serta Juara Bintang Asli 2008, Azizul Hafiz.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Asiah Md. Ariff berkata majlis seperti ini amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung dapat merapatkan ikatan silaturrahim antara keluarga dan kaum.

“Ia juga dapat merapatkan hubungan sesama keluarga yang jauh dan berpeluang berkumpul bersama,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan Speaker Dewan Negeri, Dato’ Ali Hassan antara yang turut hadir.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

Pengundi Perlu Bijak Memilih
27 April 2013
Skudai: Pengundi di kawasan Parlimen Gelang Patah dinasihati agar mengundi secara bijak bagi memastikan nasib mereka terus dibela.
More in: Fokus Harian

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Projek RAPID Pengerang - Apa sebenarnya motif penentang?
23 December 2012
BENARKAH penduduk daerah kecil Pengerang menolak pembangunan industri minyak dan gas di kawasan...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]