Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Muhamad Salam Menang Anugerah Khas Juri
Tue 07 Sep 2010
 
Muhamad Salam Menang Anugerah Khas Juri PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni   
Khamis, 29 Julai 2010 18:08 | 82 hits

Atlet paralimpik acara memanah, Muhamad Salam, bersama trofi Anugerah Khas Juri yang dimenanginya.JOHOR BAHRU: Atlet paralimpik acara memanah, Muhamad Salam Sidek, sekali lagi dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Juri, Anugerah Sukan Johor 2009.

Muhamad Salam pernah memenangi anugerah sama pada Anugerah Sukan Johor 2006/2007. 

Dengan anugerah itu, atlet berusia 28 tahun dari Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, itu menerima piala dan wang tunai RM3,000.

“Perancangan saya kini adalah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, bermula 12 hingga 27 November.

“Sukan Asia adalah cabaran terbesar bagi saya kerana saya perlu mengekalkan gelaran pemanah nombor satu dunia yang saya perolehi pada Kejohanan Memanah Dunia Paralimpik di Nymburk, Republic Czech, tahun lalu,” katanya yang ditemui selepas majlis berkenaan di The Zon Regency Hotel, di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman,  dalam ucapannya pada majlis itu menekankan agar Johor terus menghidupkan pertandingan antara kelab-kelab sukan di negeri ini bagi memeriahkan dan sekali gus mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.  

Turut menerima pegiktirafan pada majlis berkenaan ialah atlet tinju, Muhamad Farkhan Mohd Haron dan atlet lumba basikal lebuh raya, Noor Azean Alias, yang masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2009.

Mereka menerima piala dan wang tunai RM5,000 setiap seorang.

Anugerah Majlis Sukan Daerah Terbaik 2009 dimenangi oleh Majlis Sukan Daerah Muar manakala Anugerah Kepimpinan Sukan Terbaik 2009 disandang oleh presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Ayub Rahmat.

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]