Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar SRJKT Sianglang dapat padang sekolah
Wed 08 Sep 2010
 
SRJKT Sianglang dapat padang sekolah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor   
Isnin, 26 Julai 2010 13:18 | 90 hits

Rasmi...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman ketika merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Sianglang di Tangkak.TANGKAK: Setelah terpaksa berkongsi padang bersama tiga sekolah lain selama 64 tahun, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Sianglang akan memiliki padangnya sendiri.

Berita baik itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah telah mengenal pasti kawasan seluas 0.8 hektar di Sianglang untuk tujuan itu.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan masalah murid sekolah berkenaan yang terpaksa menggunakan padang sekolah lain yang jauhnya kira-kira satu kilometer.

Beliau berharap padang baru itu nanti akan dapat memberi keselesaan serta kebebasan kepada murid dan pihak sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan.

“Dengan adanya padang ini, saya yakin bakat murid-murid di sekolah ini dalam bidang sukan akan dapat digilap dan diketengahkan,“ katanya.

Mengenai permintaan untuk membesarkan laluan masuk ke sekolah berkenaan, Abdul Ghani berkata ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam meluluskan hal berkaitan tanah.

“Jika cadangan untuk membesarkan jalan itu dikemukakan, kita boleh lakukan memandangkan kita sudah ada ‘hitam-putih’ dalam aspek berkaitan tanah,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membaik pulih dan mengindahkan persekitaran kawasan sekolah berkenaan.

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]