Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Taman kesihatan afiat di Teluk Danga
Tue 07 Sep 2010
 
Taman kesihatan afiat di Teluk Danga PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor   
Isnin, 26 Julai 2010 13:15 | 101 hits
Abdul Ghani melawat pesakit ketika merasmikan Hospital Columbia Asia di Taman Kesihatan Afiat, Nusajaya. Foto oleh Mohd Fairus Othman.NUSAJAYA: Kerajaan Negeri bercadang membina sebuah pusat perubatan berkonsep taman kesihatan afiat (wellness township) seluas 40 hektar di Teluk Danga sebelum penghujung tahun depan.
 
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata ia akan dibangunkan sebagai sebuah pusat perubatan lengkap yang menawarkan perkhidmatan perubatan moden dan alternatif serta pusat kesedaran penyakit.

Abdul Ghani berkata,  Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan kemudahan di situ.

Jelasnya, setakat ini dua syarikat tempatan dan sebuah syarikat Singapura,Temasek Holdings, menunjukkan minat untuk memajukannya.

"Singapura seperti yang kita ketahui sudah menjalin kerjasama dengan tiga hospital di negara ini bagi memberi kemudahan perubatan kepada rakyatnya. Hospital ini akan memberikan satu lagi kemudahan yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini dan juga Singapura," katanya.

Abdul Ghani berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hospital Columbia Asia di Taman Kesihatan Afiat di sini, Sabtu lalu.

Hospital yang dibina dengan kos RM70 juta itu memulakan operasinya pada 17 Jun lalu dan ia adalah tambahan kepada 19 lagi hospital milik syarikat itu yang beroperasi di rantau Asia.

Menurut Abdul Ghani, bidang perubatan sememangnya menjadi salah satu keutamaan dalam pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

"Kita dalam proses mewujudkan lebih banyak kemudahan perubatan di sini terutama di Nusajaya. Sebuah fakulti perubatan Universiti Newcastle, England, akan siap dalam tempoh tiga tahun lagi dan 100 pelajar mereka akan mengikuti pengajian tahun ketiga di sini.

"Universiti Monash juga menjadikan Hospital Sultanah Aminah sebagai tempat latihan pelajar mereka,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri ada cadangan untuk mewujudkan sebuah hospital di Nusajaya,  tetapi lokasinya masih belum ditentukan.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]