Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Isu Johor Muflis: MB selar pembangkang pertikai fakta
Tue 07 Sep 2010
 
Isu Johor Muflis: MB selar pembangkang pertikai fakta PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Selasa, 20 Julai 2010 20:26 | 107 hits

KOTA ISKANDAR: Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyelar sikap pembangkang yang masih mempersoalkan kesahihan fakta berhubung penjelasan isu Johor muflis yang dibentangkan di Dewan Negeri.

Katanya, tindakan Ong Kow Meng (DAP-Senai) mempertikaikan apa yang beliau bentangkan pada persidangan dewan itu adalah satu dakwaan yang keterlaluan.

“Saya diajar oleh guru agama saya, kita jangan tuduh orang sebarangan, (kerana) kadang-kadang tuduhan tu berbalik pada diri sendiri.

“Di dewan ini, saya sesungguhnya sama ada menghuraikan atau menjawab, adalah  perkara yang benar, Dato’ speaker,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi penggulungan menjunjung kasih titah ucapan Sultan pada Persidangan Dewan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, Laporan Ketua Audit tahun 2008 hanya menyebut mengenai kecairan tunai dan tanggungan semasa Kerajaan Negeri, tetapi tiada bahagian  yang menyentuh mengenai Kerajaan Negeri akan muflis.

Bahkan, katanya, Kementerian Kewangan, iaitu pihak yang memberi pinjaman kepada Kerajaan Negeri, juga tidak menyebut mengenai perkara itu.

“Yang membuat tuduhan ialah beberapa ahli pembangkang. Kalau hendak tengok, kita boleh tunjuk maklumat yang jelas mengenai perkara ini,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua perkara, angka dan maklumat mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008 itu telahpun beliau bentangkan dengan jelas di Dewan Negeri.

 

 

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]