Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Pemberian saguhati satu kesilapan
Wed 08 Sep 2010
 
Pemberian saguhati satu kesilapan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni   
Jumaat, 16 Julai 2010 19:01 | 142 hits

NUSAJAYA: Memang benar kerajaan meminta sebahagian bekas penyewa rumah pangsa Lumba Kuda yang menerima bayaran saguhati supaya memulangkannya semula.

Tetapi ia sememangnya wajar kerana pemberian itu adalah satu kesilapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, membuat penjelasan itu ketika menjawab  soalan Ong Kow Meng (DAP-Senai) yang ingin tahu mengenai dakwaan sebahagian bekas penyewa di rumah pangsa berkenaan bahawa mereka diminta mengembalikan semula wang sagu hati yang telah diterima daripada kerajaan.

Katanya, penyewa di situ diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ).

“Pada 2003, kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan sagu hati perpindahan kali pertama mengikut tiga kategori penerima kepada seramai 1,054 bekas penyewa rumah pangsa Lumba Kuda.

“Seramai 305 bekas penyewa kategori pertama ditawarkan rumah sewa kerajaan secara percuma di rumah pangsa Sri Alam, rumah pangsa Taman Cendana dan rumah pangsa Kangkar Pulai sementara menunggu petempatan semula mereka di projek Perumahan Rakyat Iskandar siap.

“Setiap keluarga dalam kategori ini diberikan sagu hati sebanyak RM1,000 setiap keluarga,” katanya ketika sesi penggulunggan perbahasan persidangan Dewan Negeri penggal ketiga kali ke-12, di sini, hari ini.

Ahmad Zahri berkata, bagi kategori kedua pula, ia melibatkan 196 bekas penyewa yang memiliki harta sendiri. Walaupun begitu, mereka tetap diberikan wang sagu hati sebanyak RM4,900 bagi setiap keluarga.

Katanya, kategori ketiga pula terdiri daripada 553 bekas penyewa yang mendiami rumah atas pembiayaan masing-masing selepas rumah pangsa Lumba Kuda dirobohkan. Kumpulan ini diberikan sagu hati sebanyak RM4,900 setiap keluarga.

Jelasnya, pada 2005 kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memberikan sagu hati kali kedua kepada bekas penyewa rumah pangsa Lumba Kuda bagi kategori dua yang melibatkan 122 keluarga dengan pemberian sagu hati sebanyak RM5,700 setiap keluarga.

“Jumlah sama turut diberikan kepada keluarga bagi kategori ketiga. Keluarga terlibat juga dipersetujui oleh kerajaan untuk memberikan sagu hati kali ketiga sebanyak RM3,600 dan kali keempat RM3,600 setiap keluarga” katanya.

Ahmad Zahri menjelaskan, berdasarkan keptusan berkenaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) telah membuat bayaran saguhati kali ketiga dan keempat pada Jun 2010 kepada bekas penyewa dalam kategori ketiga sahaja.

“Walaupun begitu terdapat kesilapan semasa membuat proses pembayaran oleh Bahagian Perumahan apabila ia diberikan kepada 35 bekas penyewa daripada kategori pertama yang sememangnya tidak layak mendapat sagu hati itu kerana mereka telah diberikan rumah sewa percuma kerajaan.

“Untuk tujuan itu, Bahagian Perumahan mengeluarkan jumlah keseluruhan sebanyak RM219,430 bagi setiap keluarga bekas penyewa berkenaan yang menerima bayaran di antara RM800 hingga RM7,200,” katanya.

Jelasnya, disebabkan kesilapan berkenaan, Bahagian Perumahan telah mengeluarkan notis tuntutan pada 18 Jun 2010 kepada 35 penerima wang itu suapaya mengembalikan semula kepada pihak kerajaan kerana wang itu bukan hak mereka.

“Sehingga notis pertama tamat, hanya dua bekas penyewa mengembalikan wang berkenaan. Ia disusuli dengan notis tuntutan kedua yang dikeluarkan dan diserahkan kepada mereka yang berkenaan pada 9 Julai 2010.

“Notis tuntutan itu diberikan melalui serahan tangan kepada setiap penerima cek sebagaimana alamat terakhir yang dikemas kini,” katanya.

Ahmad Zahri memohon kerjasama penerima wang berkenaan untuk memulangkan semula cek atau wang yang diterima dengan segera bagi menyelesaikan masalah itu.

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]