Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Denggi: Pejabat Kesihatan Pertingkat Langkah Pencegahan
Sun 19 May 2013
 
Denggi: Pejabat Kesihatan Pertingkat Langkah Pencegahan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Sofiayana Ellmy Sukor   
Isnin, 05 Julai 2010 17:35 | 1092 hits

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan mengarahkan semua pejabat kesihatan dan hospital daerah di negeri ini meningkatkan pengurusan kes serta mengambil tindakan pencegahan dan kawalan denggi yang efisien.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes demam denggi sebanyak 22% dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Dr. Robia Kosai, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memeriksa 280, 202 premis dengan 5,434 premis didapati positif.

Katanya, sebanyak 2,023 kompaun bernilai RM361,345.00 dikeluarkan dan 701,202 premis telah diberikan semburan kabus.

Di samping itu, katanya, beberapa langkah lain turut diambil termasuk mengadakan roadshow atau pameran denggi di pasar raya, sekolah-sekolah dan program komuniti, serta mengadakan sesi dialog bersama pekerja kilang melalui Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab Dewan Negeri (DN) yang sedang berlangsung sekarang.

Menjawab soalan Ayub Rahmat (BN-Kemelah) mengenai tindakan lain yang diambil, Robia menjelaskan bahawa Johor akan terus berusaha menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat melalui program COMBI (Communication for Behavioural Impact).

Pada tahun ini sahaja, katanya, sebanyak 222 lokaliti COMBI telah diwujudkan.

Jelasnya lagi, untuk mengurangkan kes penularan demam denggi daripada terus menular, Jabatan Kesihatan meminta kerjasama masyarakat membantu mencegahnya dengan melaksanakan aktiviti pengurangan sumber iaitu mencari dan memusnahkan punca-punca pembiakan nyamuk aedes.

Robia dalam ucapannya meminta masyarakat di negeri ini memberikan kerjasama kepada anggota kesihatan semasa mereka menjalankan aktiviti kawalan di setiap kediaman.

Katanya, kebersihan kawasan persekitaran perlu diterapkan melalui aktiviti gotong royong secara berkala dan memastikan kawasan awam bebas daripada sampah sarap.


 

Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

Pengundi Perlu Bijak Memilih
27 April 2013
Skudai: Pengundi di kawasan Parlimen Gelang Patah dinasihati agar mengundi secara bijak bagi memastikan nasib mereka terus dibela.
More in: Fokus Harian

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Projek RAPID Pengerang - Apa sebenarnya motif penentang?
23 December 2012
BENARKAH penduduk daerah kecil Pengerang menolak pembangunan industri minyak dan gas di kawasan...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]