Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar SJKC Nam Heng Terima Peruntukan RM300,000
Fri 03 Sep 2010
 
SJKC Nam Heng Terima Peruntukan RM300,000 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Selasa, 09 Februari 2010 15:43 | 202 hits
Penghormatan...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman mengendalikan jengkaut semasa majlis pecah tanah dewan serba guna SJK(C) Nam Heng, Masai.JOHOR BAHRU: Kerajaan mengumumkan peruntukan RM300,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nam Heng, Masai, bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur sekolah berkenaan.

Peruntukan itu adalah untuk membina dewan serba guna dan blok tiga tingkat bagi menempatkan kelas serta beberapa kemudahan lain di sekolah itu.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, ketika berucap pada majlis pecah tanah di sekolah berkenaan, berkata peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu murid sekolah itu belajar dalam suasana yang selesa.

"Ini membuktikan kerajaan negeri mengambil berat terhadap soal pendidikan rakyatnya  tanpa mengira bangsa, agama atau kaum.

"Saya berharap, dengan adanya bangunan baru ini, ia mampu menampung lebih ramai murid pada masa akan datang,".

Jelasnya lagi, peruntukan itu juga selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan keseimbangan ekonomi dan pembangunan sosial setiap kaum di negara ini.

SJKC Nam Heng dipindahkan dari Kota Tinggi ke Masai pada tahun 2000 sebelum memulakan operasi sepenuhnya pada Januari 2001 dengan 58 orang murid.

Kini sekolah itu menampung 1,300 murid dari kawasan sekitar Masai dan Bandar Sri Alam, di sini.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]