Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Kompleks Sukan RM95 juta Dibina Di Nusajaya
Wed 08 Sep 2010
 
Kompleks Sukan RM95 juta Dibina Di Nusajaya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Khamis, 04 Februari 2010 17:47 | 436 hits
Simbolik...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalakan obor sebagai simbolik upacara pecah tanah pembinaan kompleks sukan Educity@Iskandar Malaysia.KOTA ISKANDAR: Rakyat Johor bakal menikmati satu lagi kemudahan sukan bertaraf antarabangsa dengan pembinaan sebuah stadium dan kompleks sukan benilai RM95.32 juta di Nusajaya.

Kompleks di atas tapak seluas 8.7 hektar di kawasan pembangunan  itu akan menempatkan kemudahan sukan seperti stadium, padang bola sepak dan kolam renang bersaiz olimpik mengikut piawaian badan sukan antarabangsa.

Selain itu, ia turut menyediakan gelanggang bola keranjang, badminton, bola tampar, futsal dan tenis.

Kompleks yang dijangka siap pada September 2011 itu akan turut memberi kemudahan kepada pelajar di Educity dan orang awam yang ingin menganjurkan aktiviti sukan di kawasan itu.

Majlis pecah tanah pembinaan kompleks berkenaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata pembinaan kompleks itu bukan sahaja akan menjadi mercu tanda penting di Iskandar Malaysia tetapi juga medan melahirkan atlit-atlit bertaraf antarabangsa.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman; Pengerusi Iskandar Investment Berhad, Dato' Azman Mokhtar; Speaker Dewan Negeri, Dato' Mohd Ali Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof.
Komen (1)Add Comment
...
Dikomen oleh mohd fairus bin othman, February 05, 2010
tahniah..maju sukan untuk negara..smilies/grin.gif

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]