Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar 1,200 Hadiri Program Multaqa Ulama dan Ilmuan
Thu 09 Sep 2010
 
1,200 Hadiri Program Multaqa Ulama dan Ilmuan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Khamis, 04 Februari 2010 17:46 | 282 hits
Lancar...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman (kiri) dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor, Samsudin Samudi (tengah) ketika pelancaran buku 40 Tokoh Ulama Johor pada majlis pelancaran Program Multaqa Ulama & Ilmuan di Persada Johor. Gambar oleh Hairul Abu Bakar.JOHOR BAHRU: Seramai 1,200 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, warga pendidik dan ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) menghadiri program Multaqa Ulama dan Ilmuan bagi membincangkan dan mencari penyelesaian kepada  permasalahan umat Islam di negara ini.

Pengarah program, Syed Ahmad Syed Abdullah, berkata program itu penting kerana ia dapat menyatukan ulama dan ilmuan seterusnya berbincang ke arah memartabatkan Islam, ummah dan negara.

"Kita melihat penganjuran program ini bertepatan masanya kerana kemelut dan krisis yang melanda umat Islam sekarang perlu diselesaikan secara profesional, berterusan dan bersepadu di kalangan ulama dan ilmuan," katanya.

Katanya, program itu juga dilihat dapat memantapkan peranan ulama dan ilmuan sebagai rakan pintar dalam pembangunan negara.

"Secara tidak langsung, program ini dapat memartabatkan golongan ulama dan ilmuan dalam era dunia tanpa sempadan untuk pembangunan ummah," katanya, ketika berucap pada majlis pelancaran program itu di Persada Johor, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Muslim Negeri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman; Speaker Dewan Negeri Dato' Mohd Ali Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]