Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Kerajaan Pastikan Rakyat Mampu Miliki Rumah
Thu 09 Sep 2010
 
Kerajaan Pastikan Rakyat Mampu Miliki Rumah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi   
Rabu, 03 Februari 2010 17:07 | 188 hits
JOHOR BAHRU, 3 Feb: Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan semua rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah sendiri termasuk mereka yang tinggal di kawasan setinggan.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata dasar utama kerajaan adalah menyediakan rumah kepada rakyat, termasuklah mereka yang pada masa ini menumpang di tanah-tanah milik kerajaan.

"Sekiranya tanah yang mereka duduki itu perlu dibangunkan untuk kepentingan orang ramai, kerajaan akan bina rumah untuk mereka, seperti di Kampung Tok Siak, Bakar Batu, Flet Lumba Kuda dan Flet Bukit Chagar.

"Mereka akan diberikan rumah yang jauh lebih baik, sama ada dari segi keluasannya, kemudahannya dan suasananya berbanding rumah asal," katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai isu tanah di sekitar Kempas yang dikatakan akan dikurniakan kepada penduduk setinggan di situ.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perjumpaan Menteri Besar bersama Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, di Hotel Puteri Pasific, di sini, semalam.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawwab kerana tanah itu bukan milik kerajaan negerit tetapi milik kerajaan pusat yang akan dimajukan untuk sebuah projek kementerian kesihatan.

Katanya lagi, kerajaan negeri tidak boleh mengurniakan tanah berkenaan tetapi akan menyediakan rumah untuk penduduk di situ berpindah ke kawasan yang lebih sesuai.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]