Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Jenazah Almarhum Sultan Iskandar selamat disemadikan
Wed 08 Sep 2010
 
Jenazah Almarhum Sultan Iskandar selamat disemadikan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Selasa, 26 Januari 2010 13:39 | 547 hits
Jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ditarik dengan pedati oleh askar Timbalan Setia Negeri dari Istana Besar menuju ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, untuk disemadikan.Suasana pilu serta bunyi 77 das tembakan meriam mengiringi perjalanan pedati diraja yang membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dari perkarangan Istana Besar Johor ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Sabtu lalu.

Lebih 2,000 orang termasuk pemimpin-pemimpin negara hadir menyaksikan isiadat pemakaman tersebut yang bermula kira-kira jam 1.45 petang dan berakhir jam 4.15 petang.

Sebelum itu, jenazah Almarhum diletakkan di Istana Besar Johor dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk memberi peluang kepada pemimpin dan rakyat memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.

Sultan Ibrahim Ismail meyiram air mawar diatas pusara Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. Gambar oleh Hairul Abu Bakar.Hadir sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; dan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Almarhum mangkat pada 7.15 malam Jumaat lalu di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman pada pukul 11.20 malam.

Almarhum diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat pada 11 Mei 1981.

Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 15 November 1984.

Almarhum adalah putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]