Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Pengumuman Kemangkatan
Thu 09 Sep 2010
 
Pengumuman Kemangkatan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Sabtu, 23 Januari 2010 03:26 | 239 hits
Innalillahi Wainnalillahi Rajiun

Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar  1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru.

Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

Ketahuilah juga bahawa Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar,Johor Bahru hari esok di mana rakyat dan orang-orang awam bolehlah mengunjung ziarah bagaimana peraturan dan waktu yang disebutkan di bawah ini:

(a) Mulai pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi - Untuk orang awam

(b) Mulai pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari - Penghormatan terakhir oleh orang-orang kenamaan         

Ketahuilah juga bahawa Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, akan dimakamkan di dalam Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru pada hari esok pukul 2.00 petang.

Perangkatan Jenazah itu akan bermula daripada Istana Besar pada pukul 1.30 petang.

PAKAIAN DI UPACARA PEMAKAMAN

(a)    Uniform Istiadat yang berhak. Lilitan kain putih 2 inci di songkok.

(b)    Lelaki Melayu- Baju Melayu Teluk Belanga serba hitam, berkabung lilitan kain putih di songkok hitam.

(c)    Lelaki Bukan Melayu- Lounge Suit warna hitam, tali leher hitam, selilit kain hitam 3 inci di lengan kiri.

(d)    Segala Darjah-Darjah dan Pingat-pingat hendaklah dipakai.

Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas Roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan itu.

DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]