Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Tidak Benar 500 Lori Bawa Pasir Ke Singapura
Thu 09 Sep 2010
 
Tidak Benar 500 Lori Bawa Pasir Ke Singapura PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Jumaat, 22 Januari 2010 16:14 | 239 hits
Kerajaaan negeri menegaskan sekali lagi bahawa adalah tidak benar dakwaan pihak tertentu kononya 500 lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura, setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Dato' Ahmad Zahri Jamil, berkata, mengikut rekod pengeksportan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, 500 lori yang melalui tambak johor itu sebenarmya membawa muatan seperti habuk batu, tanah liat putih, batu pejal di bawah sembilan inci, batu hiasan, batu bata, pasir tapisan, rumput dan genting yang dibenarkan untuk dieksport.

"Daripada jumlah tersebut, hanya 10 hingga 15 lori sahaja yang membawa pasir silika," Beliau membuat penegasan itu berdasarkan maklumat mengikut rekod pengeksportan PTG negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Dato' Ahmad Zahri JamilKatanya lagi, antara Disember 2009 hingga 19 Januari 2010, purata pengeluaran eksport bahan batuan ke republik itu adalah 350 hingga 400 lori sehari.

"Dalam pemantauan yang dibuat oleh Unit Kuatkuasa PTG, tiada kebenaran dikeluarkan untuk mengeksport pasir ke Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan laporan akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 19 Januari lalu mengenai isu berkenaan.

Katanya, berkuatkusa 30 Ogos 1997, Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan larangan eksport pasir melainkan pasir silika dan pasir penapis ke luar negara.

"Larangan itu dipersetujui oleh kerajaan negeri melalui mesyuarat pada 3 Januari 2000 untuk menguatkuasakan larangan eksport pasir oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Katanya lagi, pasir silica dan pasir penapis dibenarkan untuk dieksport dengan syarat, pengeksport mempunyai permit eksport (AP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pengeksport pula dikehendaki mendapatkan kelulusan dan kouta eksport melalui Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dari Pengarah PTG.

"Sebelum perakuan kebenaran eksport pasir silica dirujuk kepada PTG, bahan tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk dianalisa.

"Hanya kandungan silika SiO2 di atas 95% akan dipertimbangkan untuk dieksport manakala di bawah 95% tidak dibenarkan untuk dieksport," katanya.

Katanya, kerajaan menempatkan anggota Unit kuatkuasa PTG ditempatkan di Kompleks Kastam Tanjung Puteri dan Sultan Abu Bakar setiah hari kecuali hari Ahad dan cuti umum bagi membuat pemantauan.

Ahmad Zahri berkata, PTG dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor akan memastikan segala bahan batuan dan dokumen yang diperlukan dipatuhi dan disahkan betul sebelum pelepasan kebenaran.

"Jika terdapat sebarang keraguan, pihak berkenaan akan menahan dan merujuk kepada JMG untuk pengesahan," katanya.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]