Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Program Juara Rakyat Boleh Dijadikan KPI Umno Johor
Thu 09 Sep 2010
 
Program Juara Rakyat Boleh Dijadikan KPI Umno Johor PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Selasa, 12 Januari 2010 15:39 | 410 hits
RAWANG: Program Umno Juara Rakyat boleh dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Umno Johor bagi membolehkan rakyat menilai prestasi parti itu dalam memajukan pembangunan dan ekonomi negeri.
Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Samsol Bahari Jamali
 
Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Samsol Bahari Jamali, berkata melalui program itu rakyat boleh menyaksikan kemajuan dalam pembangunan dan ekonomi Johor dari tahun 1960 hingga kini.

Dalam program berkenaan, Umno Johor diberi tanggungjawab untuk mempamerkan kejayaan Umno dalam bidang pembangunan dan ekonomi.

Katanya, program itu adalah cara yang baik bagi Umno membuktikan bahawa dasar-dasar pembangunan, ekonomi dan keusahawaan yang dibawa memberi kesan positif kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Apa yang kita pamerkan di sini adalah data dan fakta yang menunjukkan perkembangan dalam pembangunan dan ekonomi Johor dari 1960 sehingga 2008.

“Malah, kita juga tonjolkan peranan yang akan dimainkan oleh Iskandar Malaysia dalam membangunkan Johor pada masa akan datang,” katanya pada Program Juara Rakyat yang berlangsung tiga hari di sini, baru-baru ini.

Pada program itu, kira-kira 8,000 pengunjung menyaksikan gerai pameran Umno Johor yang mempamerkan sebahagian daripada perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) Johor yang berjaya di peringkat antarabangsa termasuk Wan Malinja Food Industries Sdn Bhd dan pengeluar minuman herba Beyh Royale, Pelangi Tebrau Marketing @ Distributions.

“Saya juga amat berbangga kerana pengusaha-pengusaha ini lahir daripada iltizam kepimpinan politik negeri Johor yang disambut baik oleh jabatan dan agensi kerajaan yang turut sama membangunkan ekonomi negeri Johor,” katanya.

Beliau turut berharap agar program seumpama itu dapat diperluaskan supaya membabitkan lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]