Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Daripada Penjual ke Pembekal Kebab
Thu 09 Sep 2010
 
Daripada Penjual ke Pembekal Kebab PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Isnin, 11 Januari 2010 18:22 | 526 hits
Pemilik syarikat Wan Malinja Food Industries Sdn Bhd, Zurawan Surip bersama produk-produknya yang kini mendapat pasaran luas di seluruh Malaysia.RAWANG : 13 tahun dahulu,  Zurawan Surip hanya seorang penjual kebab di pasar-pasar malam sekitar Batu Pahat.

Namun berkat kegigihannya, hari ini anak muda berusia 34 tahun ini sudah memiliki sebuah kilang pemprosesan daging kebab sendiri untuk membekalkannya kepada peniaga-peniaga pasar malam.

Pemilik syarikat Wan Malinja Food Industries Sdn Bhd, berkata beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan itu sejak tahun 1997.

Dengan berberkalkan modal RM3,000 dan sebuah mesin memproses daging, Zurawan menjalankan operasi syarikat memproses daging kebab di rumahnya.

"Lama-kelamaan, perniagaan semakin maju dan permintaan semakin meningkat. Pada tahun 2002, saya membuka sebuah kilang di Batu Pahat dan menggaji 40 pekerja.

"Kini, saya mengembangkan perniagaan dengan membuat roti pita dan sate sejuk beku," katanya ketika ditemui pada program UMNO Juara Rakyat di Batang Berjuntai, di sini, baru-baru ini.

Katanya, produk itu sudah berjaya menembusi pasaraya-pasaraya besar dan hotel-hotel terkemuka dalam negara.

Namun begitu beliau sedar bahawa perniagaannya itu tidak mungkin akan berjaya tanpa sokongan daripada agensi-agensi kerajaan.

"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang dan bimbingan sehingga saya berjaya hingga ke tahap ini," katanya.

Beliau kini sedang merancang untuk meluaskan pasaran produknya ke luar negara.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]