Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Kampung Permatang Duku Memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Johor 2009
Wed 08 Sep 2010
 
Kampung Permatang Duku Memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Johor 2009 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni   
Isnin, 11 Januari 2010 18:11 | 544 hits
Bangga...Penduduk kampung bergambar dengan cek dan sijil yang dimenangi sambil menunjukkan simbol 1 Malaysia. Gambar oleh Hairul Abu Bakar. Pontian: Semangat bekerjasama dan bermuafakat di kalangan penduduk kampung Permatang Duku, Pontian, adalah kunci kepada kejayaan kampung mereka memenangi Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009.
 
Kemenangan itu diraih setelah kampung berkenaan mencapai tujuh aspek yang dinilai, iaitu kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kerohanian dan sivik, kesihatan dan kebersihan serta keceriaan dan teknologi maklumat (IT).

Menurut Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Duku, Abdul Samad Sikon, dari segi keceriaan kampung, terdapat taman rekreasi, kolam memancing, inap desa dan padang golf mini dua lubang yang dibuka kepada semua pengunjung.

Dari segi ekonomi pula, katanya, kampung itu dilengkapi dengan pusat arca dan kraftangan serta industri kecil dan sederhana yang produknya dipasarkan di sekitar negeri ini.

Untuk memantapkan lagi semangat muafakat di kalangan penduduk, pihak JKKK telah membina satu lambang yang didirikan di jalan masuk kampung. Lambang dua tangan yang memegang buah duku ini dikenali sebagai Sergap.

“Sergap adalah perkataan Jawa yang bermaksud bersatu, muafakat dan kekuatan serta akronim kepada semangat, erat, rajin, gagasan, etika dan perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah berkenaan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, baru-baru ini.

Penghulu Mukim Benut, Abdul Jabal Kiman, pula berbangga kerana 140 anak muda dari kampung berkenaan berjaya menyambung pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada di dalam mahupun luar negara.

Jelasnya lagi, aktiviti pertanian secara kelompok termasuk tanaman kelapa sawit, pisang, ubi dan serai juga menjadi tunggak kejayaan ekonomi penduduk kampung berkenaan.

Katanya, pengisian kerohanian juga dititikberatkan melalui pelbagai aktiviti seperti kegiatan berzanji, ceramah dan fardhu ain yang dijalankan di masjid atau surau.

Kampung Permatang Duku sebelum ini pernah memenangi augerah di peringkat kebangsaan, iaitu kategori Komuniti Bestari (2002) serta Pencahayaan dan Keceriaan (2007).

Kampung yang mempunyai 800 penduduk itu akan mewakili negeri Johor di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Mac depan.
Komen (1)Add Comment
tahniah..
Dikomen oleh wak panut, January 12, 2010
tahniah kepada penduduk kg permatang duku... jaga2 kami pun nk masuk bertanding gak...smilies/grin.gif

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]