Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar IMGLAD Sediakan Tenaga Kerja Berkualiti di Iskandar Malaysia
Tue 09 Feb 2010
 
IMGLAD Sediakan Tenaga Kerja Berkualiti di Iskandar Malaysia PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Rabu, 21 Oktober 2009 15:48 | 442 hits
Lantik...Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani menyerahkan sijil pelantikan kepada tenaga pengajar IMGLAD, Zulkifli Khir di majlis pelancaran program Pembangunan dan Penilaian Kepimpinan Graduan Iskandar Malaysia (IMGLAD). Gambar oleh Hairul Abu Bakar.JOHOR BAHRU: Siswazah yang tidak mendapat pekerjaan selepas bergraduat berpeluang bekerja di Iskandar Malaysia apabila dilancarkan semalam.
 
Program kelolaan Pusat Penyelidikan Iskandar Malaysia-Universiti Teknologi Malaysia (IMREC) itu, mampu memenuhi permintaan tenaga kerja di wilayah pembangunan berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata langkah itu amat bertepatan dalam membantu siswazah yang sukar mendapat pekerjaan, sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan melahirkan tenaga kerja yang berkualiti di koridor itu.

“Lulusan universiti yang menganggur sekarang ini bukan kerana mereka tidak memiliki keputusan yang baik, tetapi saya difahamkan mereka kurang kemahiran kendiri seperti kreativiti, keyakinan diri dan pemikiran kristis yang diperlukan oleh majikan.

“Oleh itu, program ini memainkan peranan dalam membekalkan tenaga kerja menerusi latihan dan pembelajaran yang dapat memenuhi kuantiti dan kualiti yang dikehendaki majikan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, semalam.
   
Katanya, program tersebut menawarkan latihan insaniah seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan selama sembilan bulan, iaitu tiga bulan di dalam kelas dan enam bulan latihan di 125 syarikat berkaitan kerajaan atau swasta.

Sebagai permulaan seramai 300 siswazah sudah pun ditemu duga untuk menyertai program itu.

IMGLAD mengambil model daripada program Pembangunan dan Penilaian Kepimpinan Graduan Deloitte di United Kingdom (DGLAD).
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

Daripada Penjual ke Pembekal Kebab
11 January 2010
RAWANG : 13 tahun dahulu,  Zurawan Surip hanya seorang penjual kebab di pasar-pasar malam sekitar Batu Pahat.
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Hati budi Melayu
20 August 2009
TIDAK ramai peduli dengan ucapan wakil rakyat Rengit, Ayub Jamil ketika sesi penangguhan Dewan...

KACA MATA MEDKOM

Jagalah bahasa… Jagalah tutur kata
26 January 2010
Sembah takziah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad,...

GETAR BUDAYA

Lenggok tari penari cilik mempesonakan
20 August 2009
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya.

RIADAH & TEMPAT MENARIK

Muzium Nelayan Tanjung Balau
26 June 2009
Kami ingatkan Tanjung Balau itu hanya terkenal dengan keindahan pantainya. Rupa-rupanya ada sebuah...

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]