Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Apa Cerita? Bukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
Thu 09 Sep 2010
 
Bukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Noor Hanizah Ariffin (Evo Extreme/Jelajah Johor)   
Isnin, 19 Oktober 2009 15:36 | 1154 hits
Sukar dan payah meninggalkan dadah ... Amir (bukan nama sebenar) sedang menceritakan pengalamannya keluar masuk pusat pemulihan kerana masyarakat sentiasa berprasangka buruk terhadap bekas penagih. Gambar oleh Mohd Thaha Mohd Isa."Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari Puspen,  masyarakat masih memandang serong kepada saya. Apabila berlaku kecurian di kampung, sayalah yang jadi sasaran. Ia memberi tekanan kepada saya. Jadi, saya fikir, apa gunanya berubah? Lebih baik menagih semula."

Itulah luahan perasaan Helmi (bukan nama sebenar), 37, ketika menceritakan pengalamannya yang sudah tiga kali masuk ke pusat pemulihan. Kini dia ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Muar.

Menurutnya, walaupan hasrat penghuni Puspen sebenarnya berkobar-kobar untuk berubah apabila keluar nanti, namun pandangan serong dan hina masyarakat terhadap bekas penagih dadah itu membuatkan daya ketahanan diri mereka menurun.

Helmi yang berasal dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan, berkata dia pernah dimasukkan ke Puspen Tiang Dua dan Puspen Sungai Ruan, kedua-duanya di Pahang.

Pelatih yang kini positif HIV itu menceritakan bahawa dia mula terjerumus ke kancah dadah sejak berusia belasan tahun dengan tujuan untuk sekadar mencuba-cuba.

"Apabila sudah terjebak, amat sukar untuk berundur. Dulu saya menagih heroin. Satu hari saya perlukan sekurang-kurangnya 10 tiub. Tapi Alhamdulillah, sejak 4 Ogos 2008, saya telah meninggalkan heroin sama sekali. Tapi saya terpaksa mengakui bahawa  bukannya mudah untuk meninggalkan dadah," jelasnya.

Helmi yang diberi tanggungjawab sebagai ketua  asrama kepada 52 pelatih berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pihak Puspen Muar itu menguatkan semangatnya untuk berhenti menagih walaupun ia menyiksa dirinya.

"Di pusat ini juga kaunselor menggunakan pendekatan Theraputic Community (TC) yang banyak mengajar saya erti kejujuran, kepercayaan dan kesabaran," katanya.

Helmi berharap agar masyarakat dapat membantu bekas penagih sepertinya memulakan hidup baru tanpa prasangka atau pandangan serong.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]