Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Apa Cerita? Projek Penebatan Banjir Atasi Masalah Banjir Kilat Di Mukim Bakri
Wed 08 Sep 2010
 
Projek Penebatan Banjir Atasi Masalah Banjir Kilat Di Mukim Bakri PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zulkifli Khair (Selipar Hijau/Jelajah Johor)   
Rabu, 16 September 2009 12:15 | 1084 hits
Tinjau...Ketua Kampung Batu 3, Mohd Top Sulaiman (dua dari kanan) menunjukkan parit di hadapan Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 yang telah dibesarkan. MUAR: Masalah beberapa kampung dan taman perumahan di mukim Bakri yang dinaiki air setiap kali berlaku banjir kilat akan diatasi dengan siapnya projek penebatan banjir membabitkan penaikan taraf sistem perparitan dan saliran kawasan berkenaan.

Bagi memastikan air dapat dialirkan keluar dengan pantas, sebuah parit pintasan dibina bagi mengelakkan air daripada terpaksa mengalir sejauh kira-kira enam kilometer untuk sampai ke laut.

Di samping itu, ia juga dapat menambahkan isipadu takungan air, sekali gus mengelakkan daripada berlakunya banjir kilat.

Menurut Ketua Kampung Batu 3, Mohd. Top Sulaiman, setiap kali berlaku banjir kilat, beberapa batang jalan di lebih tujuh kampung tidak boleh dilalui menyebabkan hubungan keluar masuk terputus selama beberapa jam.

"Parit di hadapan Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2 juga sering dinaiki air menyebabkan sekolah terpaksa ditutup untuk menjaga keselamatan pelajar," katanya.

Beliau berkata, permohonan bagi projek berkenaan dibuat sewaktu berlaku banjir besar tahun 2007 dan kerja-kerja berkaitan dimulakan dan siap pada 2008.

Menurut laman web rasmi Dewan Undangan Negeri kawasan Maharani, peruntukan tahun 2009 untuk projek menaiktaraf parit serta kerja-kerja berkaitan di sekitar Muar adalah sebanyak RM 27 juta.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]