Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Apa Cerita? Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah
Wed 08 Sep 2010
 
Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nurhayati Abd. Rahim (Selipar Hijau/Jelajah Johor)   
Khamis, 10 September 2009 13:12 | 855 hits
Dijaga rapi...Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera “Panglima yang Gagah: Mat Berani”. Gambar oleh Norlieza Kadmin.MUAR: Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera "Panglima yang Gagah: Mat Berani".

Mat Berani. Itulah nama yang tertera pada sebuah pusara yang terletak kira-kira lima meter dari tebing Sungai Muar di Kampung Brohol, Panchor,.

Mungkin tidak ramai yang mengenalinya kerana namanya tidak pernah tercatat dalam sejarah. Tetapi menurut penduduk kampung berkenaan, Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7  yang memerintah di antara 1488 - 1511.

Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.

Menurut ketua kampung, Hj Johari bin Haji Abd Hamid, 62, Sungai Muar pada ketika itu adalah laluan utama yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dan kapal perang.

"Sultan Mahmud bersama pengikut-pengikut setianya telah mendirikan sebuah istana di hulu Sungai Muar dan bersemayam di situ sehingga kemuncak peperangan dengan Portugis," katanya.

Menurutnya lagi, Mat Berani yang menjangka Portugis akan menyerang kedudukan sultan dari arah sungai telah membina kubu di tebing Sungai Muar. Tetapi Portugis telah menukar strategi peperangan mereka dengan melakukan serangan dari darat.

Kesan kubu tidak dapat dilihat lagi kerana telah dimusnahkan oleh hakisan tebing dan banjir besar yang melanda kawasan itu

Menurut teks yang ditulis oleh ketua kampung Olak Sepam, Haji Mohd Salleh bin Tahir, 64, tentangan yang diberikan oleh Mat Berani dan pasukannya terhadap Portugis sangat hebat. Dalam peperangan itu, ramai yang terkorban, sama ada di pihak Mat Berani mahupun Portugis. Kapal-kapal perang Portugis juga dikatakan banyak yang musnah.

Namun, akhirnya Panglima Mat Berani gugur di medan pertempuran dan disemadikan di Kampung Brohol manakala Sultan Mahmud Shah dipercayai melarikan diri ke Kampar dan bersemayam di sana.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

APA CERITA?

article thumbnailBukannya Kami Tak Mau Berubah, Tapi Masyarakat Tetap Memandang Serong
19 October 2009
"Memang saya ada niat untuk berhenti daripada menagih, tetapi setiap kali saya keluar dari...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]