Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Angin Berbisik Lemah, lesu dan longlai
Thu 09 Sep 2010
 
Lemah, lesu dan longlai PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Che' Jotos   
Selasa, 01 September 2009 12:29 | 496 hits
SEMALAM (31 Ogos), seluruh negara sambut merdeka. Betul ke seluruh negara? Kalau betul, siapa yang menyambutnya?

Yang Che' Jotos tahu, di Stadium Larkin ada sambutan peringkat negeri Johor. Di daerah-daerah pun ada. Dalam televisyen malam tadi, kita dapat tonton rakaman sambutan peringkat kebangsaan di dataran Parlimen.

Nak kata meriah tu, meriahlah jugak. Sekalipun berpuasa, sambutan tetap bermakna. Tapi meriah dan bermakna di majlis sambutan semalam sahajalah. Tempoh sebelumnya?

Tahun-tahun sebelumnya, kita biasa nampak kanak-kanak berbasikal dengan bendera kecil Jalur Gemilang. Kenderaan tidak kira kecil atau besar pun kibar bendera kebanggaan itu.

Kali ini? Walhal sekolah cuti selama seminggu sehinggalah semalam. Bukan sahaja kemeriahannya tidak terasa, tapi ternyata tak bersemangat malah lemah, lesu dan longlai.

Boleh dibilang dengan jari kenderaan, bangunan atau premis perniagaan yang kibar Jalur Gemilang. Di taman-taman perumahan pula, hampir tiada langsung kediaman yang nak pacak atau ikat bendera pada pagar rumah.

Berlainan benar kali ini suasana sambutan merdeka. Kalau dikatakan masyarakat Islam tidak beria-ia menyambut merdeka kerana berpuasa, bagaimana pula dengan yang lain. Mengapa mereka pun ikut lesu macam orang berpuasa.

Mungkinkah selama ini, kedatangan merdeka meriah kerana orang Melayu bersungguh-sungguh meraikannya, dan kerajaan pula berkempen habis-habisan?

Kalau benar, mana perginya semangat patriotik mereka yang lain. Walhal dalam apa jua tuntutan, mereka kata ini bumi tanah tumpah darah dan ini negara mereka. Ya ke?

Che' Jotos - Hingga ke titisan darah terakhir

Komen (4)Add Comment
...
Dikomen oleh Wak, September 02, 2009
Memang betul yang Che' Jotos coretkan ni. Dalam pemerhatian Wak sepanjang bulan kemerdekaan ni, yang mengibarkan Jalur Gemilang boleh dihitung dengan jari gamaknya. Ada sebuah kampung yang Wak lalu hari-hari, dalam 35 buah rumah, cuma 2 buah rumah yang pasang Jalur Gemilang. Kalau sebelum ini meriah dengan kibaran Jalur Gemilang tetapi hari ini lemah, lesu dan longlai (pinjam kata-kata Che Jotos). Kemanakah semangat patriotik rakyat Malaysia?
...
Dikomen oleh budakbaik, September 03, 2009
kita hilang rasa patriotik dalam jiwa kita...terlalu memikirkan ianya adalah satu paksaan kot..kalau dulu saya sekolah siap tampal bendera dekat belakang beg sekolah sebab ada perasaan macam 'best' dan semangat kebangsaan tu wujud. Tapi sekarang kalau ade lawan bola Malaysia vs M.United pun ramai lagi sokong M.United. Semua pakai jersi M.United... mana pergi bendera Malaysia!!..ish..
...
Dikomen oleh tamingsari, September 10, 2009
'..bagaimana dengan yang lain.'(dipetik)

org yg lain sibuk jual bendera, org Melayu-Islam yg sibuk beli dan sibuk nk smbut.. tp bila laungkan tuntut yg dikatakan haknya dibumi 1Malaya ni, org lain inilah yg paling sibuk kedepan, org Melayu-Islam dok perati tp tak boleh nk sibuk.. tkut nanti kena seksyen 4(1) pula..

Laungan "Kemerdekaan Tanah Melayu" lagi sedap didengar kalau sambut sorang-sorang macam ni.. Tp tak mengapa asal kita tak lemah, tak lesu dan tak longlai...
...
Dikomen oleh budakbaik, September 10, 2009
setuju dengan tamingsari...

laungkan kemerdekaan tanah melayu lagi sedap didengar.1M hak kita bersama.M -Melayu dan Malaysia.Kibar semangat juang hingga ke titisan darah terakhir.

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]