Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Mata Hati Hati budi Melayu
Thu 09 Sep 2010
 
Hati budi Melayu PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Sa'odi Mat Atar   
Khamis, 20 Ogos 2009 10:37 | 755 hits
TIDAK ramai peduli dengan ucapan wakil rakyat Rengit, Ayub Jamil ketika sesi penangguhan Dewan Negeri Johor pada 8 Julai lalu, walaupun keseluruhannya intinya adalah mengenai bangsa Melayu di tanah Melayu bernama Malaysia ini.

Sambil mempertegaskan sejarah bumi Melayu itu, beliau menghuraikan hati budi orang Melayu yang amat menghormati tetamunya; tidak cemburu, kecil hati apatah lagi bimbang bangsa lain lebih kaya dan mewah, malah dengan mudah Melayu menggelarkan taukeh kepada pembeli getah skrap mahupun penjual ikan.

Kata Ayub: "Bangsa Melayu ini bangsa yang kadang-kadang dilihat macam bangsa yang tidak kisah. Bangsa yang mahu hidup dalam keadaan aman dan mudah.  Itu sebab mereka boleh berkongsi kuasa dan kemakmuran.  Bangsa Melayu bukan bangsa yang tamak dan rakus.  Mereka hanya mahu hak mereka yang dipertahan dalam perlembagaan.  Ini pun sekarang mahu diubah dan diragut dari mereka.

"Tolak ansur Melayu tidak dihargai, tidak dihormati malah jauh sekali dikenang, apalagi untuk diingati. Tolak ansur Melayu dijadikan strategi untuk mengenepikan orang Melayu di bumi bertuah ini.  Strategi ini diperkukuhkan lagi dengan mengadunkan nilai-nilai universal. Inilah demokrasi ala mereka.  Ini lah hak asasi ala mereka dan inilah kebebasan bersuara ala mereka."

Lalu, Ayub menghuraikan hati budi orang Melayu itu, yang kebaikannya telah dipergunakan atau diambil kesempatan. Beliau merujuk kepada usaha sesetengah pihak yang mahukan semuanya sama rata sehingga membelakangkan Perlembagaan.

Lebih menyedihkan apabila bukan sahaja orang bukan Melayu mendesaknya, orang Melayu sendiri bersikap demikian. Lebih mengecewakan bukannya orang Melayu yang sudah lupa dirinya Melayu atau malu menjadi Melayu yang berbuat demikian, bahkan pemimpin yang ada kuasa di tangan turut kehilangan haluan. .

Tidak usah apa, wartawan Melayu yang bekerja dengan akhbar berbahasa Melayu, yang editor dan penyuntingnya Melayu, tidak pun melaporkan ucapan Ayub itu. Apakah mereka juga tidak berasa menjadi Melayu lagi?

Bukan kita mahu akhbar bersikap perkauman, tetapi bukankah itu satu peristiwa yang berlaku di tempat yang dimuliakan, di Dewan Negeri, badan perundangan tertinggi demokrasi di peringkat negeri. Bukankah hansard dewan negeri itu adalah satu dokumen yang sah. Lalu apakah yang digusarkan?
 
Lihat sahaja editor Sin Chew Jit Poh, melenting apabila ada seorang pensyarah dalam tulisannya yang disiarkan Utusan Malaysia pada Jun lalu, mencadangkan agar ada syarikat akhbar arus perdana menerbitkan akhbar mandarin.

Alasan pensyarah itu adalah supaya masyarakat Cina mendapat maklumat lebih jelas mengenai dasar kerajaan, kerana kita tidak tahu apa yang disajikan oleh akhbar berbahasa Mandarin kepada pembacanya, dan melalui pemerhatiannya pemberita dari akhbar itu juga hanya bergaul dalam kelompoknya.

Berikutan tulisan itu, editor Sin Chew dalam tulisannya menempelak bahawa: "melalui cara itu (akhbar Melayu terbit akhbar Cina) dapatlah orang Melayu memupuk masyarakat Cina budaya "bersyukur". Bersyukur kerana hari ini dapat makan sesuap nasi, ada sekeping kad pengenalan. Itu semuanya datangnya daripada belas ihsan dari orang yang memberi."

Tiada siapa pula mahu membetulkan hujah itu kerana apa yang dinikmati bukan sekadar kerakyatan, malah dengan layak menjadi rakyat Malaysia mereka menikmati hampir semua yang ada dibumi Malaysia ini.

Seperti kata Ayub: "Semua bangsa lain diberi hak juga dalam perlembagaan. Mereka boleh terus kekal dengan asal mereka, bebas mengamalkan cara hidup tradisi. Mereka kekal identiti bangsa mereka.

"Tidak perlu tukar nama dan tukar amalan tradisi hidup bangsa walaupun hidup di bumi bertuah Malaysia ini. Di Thailand tidak boleh. Di Indonesia juga tidak boleh.  Di Malaysia sahaja boleh.  Anak-anak mereka juga boleh diberi pelajaran dalam bahasa ibunda mereka.  Di negeri lain tidak boleh.  Malaysia sahaja boleh.

"Mereka juga diberi kebebasan mutlak untuk berniaga, mencari dan membina kekayaan di bumi yang penuh makmur ini.  Mereka juga diberi hak atas nama rakyat Malaysia untuk mengundi dan menjadi wakil di semua peringkat kerajaan. Undi mereka tetap sama dengan bangsa Melayu."

Begitulah Ayub membangkitkan perkara itu kerana baginya sejarah dan fakta tidak boleh dibohongi berikutan sudah ada kecenderungan di kalangan ahli politik mahu mengubah fakta itu atas nama gagasan universal.

Pemimpin Melayu pun ada yang termakan dengan usaha-usaha mengubah fakta itu. Malah ada keputusan-keputusan yang ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Negara dengan hasrat dan harapan mendapat sokongan semua bangsa.

Orang Melayu memang boleh berkongsi apa jua dengan semua orang. Sebut apa sahaja, bumi yang dipijaknya, kampung halamannya, rumah yang didiaminya, malah hingga kepada kuasa yang ada di tangannya.

Sebab itu sejak pilihanraya umum pertama 1955, UMNO tetapi memberikan kerusi kepada rakan komponen dalam Perikatan walaupun semua kawasan ditandingi ketika itu, majoriti pengundinya adalah orang Melayu dan dasar itu menjadi amalan sehingga ke hari ini.

Orang Melayu memang kuat berpegang kepada budaya 'Bagai aur dengan tebing', saling memerlukan dan saling mengukuhkan. Tapi jika itu tidak dihargai, apakah orang Melayu akan jadi seperti 'Dagang lalu ditanakkan, suami pulang tak makan atau kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan.'
Komen (4)Add Comment
...
Dikomen oleh rudy, August 20, 2009
itu lah, melayu mudah lupa..
mungkin nk tunggu negara kita dijajah seperti dulu baru mereka nak sedar..
nama je melayu.. tapi berpuak, banyak pula puak tu.
kalau cina ke india ke, bergaduh pon, diaorang tetap dibawah 1 parti...
mengundi pasti nak bangsa diaorg menang..
mungkin melayu sudah hilang pendirian, sudah hilang pegangan.
fikiran telah dijajah oleh bangsa lain...
senang dikatakan.. golongan ini adalah golongan yang tidak tahu bersyukur, bodoh, tidak pernah mengenang erti keperitan hidup nenek moyang kita dahulu yang sangup menggadai nyawa untuk memerdekakan tanah air kita MALAYSIA, tetapi inikah balasannya.. Fikirlah si bodoh yang hina. Sebelum semuanya terlambat..
...
Dikomen oleh Amirull bin Salihing, August 28, 2009
bila keikhlasan menjadi mangsa.....
...
Dikomen oleh Amirull bin Salihing, August 28, 2009
bila doktrin
...
Dikomen oleh mohd fairus bin othman, December 09, 2009
Warisan

Anak Kecil Main Api,
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Terbakar Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ni
WARISAN Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

MATA HATI

Dunia persuratkhabaran: Ke mana akhirnya?
03 August 2010
TEMPOH lebih 100 tahun usia dunia persuratkhabaran tanah  air telah menyaksikan beberapa perubahan...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]