Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Getar Budaya Kemplingan : kesenian masyarakat Jawa di Johor
Fri 03 Sep 2010
 
Kemplingan : kesenian masyarakat Jawa di Johor PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal   
Rabu, 19 Ogos 2009 11:39 | 1174 hits

TABUH…Anggota kumpulan kempling menabuh peralatan untuk menghasilkan kombinasi irama yang menarik dan indah.LEDANG : Salah satu kesenian tradisi yang masih bertahan di Johor adalah kempling.  Kesenian yang diwarisi daripada budaya Jawa ini masih banyak diamalkan di daerah-daerah Muar, Ledang dan Batu Pahat.


Di Ledang, antara kampung yang masih mempertahankan kesenian ini ialah Kampung Parit Kassan dan Parit Haji Idris di Bukit Gambir, Kampung Melayu Raya, Sagil Parit Satu dan Sagil Parit Dua di Tangkak.

Di samping bertujuan sebagai hiburan, kemplingan juga berfungsi menghimpunkan masyarakat kampung bagi memudahkan pertemuan dan mengadakan perbincangan.

Kempling biasanya dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti berkhatan, cukur rambut bayi, perkahwinan dan majlis keramaian.

Ia dipersembahkan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 10 - 15 orang ahli di mana enam orang daripada mereka memainkan peralatan kempling.

Peralatan kempling terdiri daripada gendang, kempling, jidur, karon dan dua buah kempol yang kesemuanya diperbuat daripada kayu.

Kombinasi keenam-enam alat muzik ini dapat melahirkan irama yang indah dan mengasyikkan dan jika ia dimainkan pada waktu malam, iramanya boleh didengar sehingga ke beberapa buah kampung.

Nazam yang dinyanyikan dalam permainan kempling ini pula diambil dari kitab berzanji atau rawi yang kesemuanya berjumlah 16 bab.

Namun begitu, nazam boleh diubahsuai kepada beberapa pantun Melayu atau yang dikarang sendiri sesuai dengan peredaran zaman tetapi rentak dan iramanya masih mengikut yang asli.

Dahulu, permainan kempling dipersembahkan pada waktu malam iaitu selepas isyak dan berlarutan hingga ke tengah malam membawa ke pagi bagi meraikan kanak-kanak yang hendak dikhatan.

Kini, persembahan kempling hanya dilakukan sehingga tengah malam sahaja atau pada waktu siang bergantung kepada permintaan tuan rumah.

 

ALATAN…Enam jenis peralatan genderang yang digunakan dalam permainan kemplingan.

Komen (1)Add Comment
Pembetulan Ejaan
Dikomen oleh wakjaman, August 20, 2009
Disamping Di samping bertujuan sebagai hiburan, kemplingan juga berfungsi menghimpunkan masyarakat kampong kampung bagi memudahkan pertemuan dan mengadakan perbincangan.

Ia dipersembahkan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 10 - 15 orang ahli di mana enam orang daripada meeka mereka memainkan peralatan kempling.

Peralatan kempling terdiri daripada gendang, kempling, jidur, karankaron dan dua buah kempalkempol yang keemuanyakesemuanya diperbuat daripada kayu.

Nazam yang dinyannyikan dinyanyikan dalam permainan kempling ini pula diambil dari kitab berzanji atau rawi yang kesemuanya berjumlah 16 bab.

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]