Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Sumber Rezeki Aini usahawan sejuk beku
Thu 09 Sep 2010
 
Aini usahawan sejuk beku PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Noraziyani Mohamad (GEN3/ Jelajah Johor)   
Sabtu, 15 Ogos 2009 11:53 | 2214 hits
TEKAD…seorang ibu tunggal yang telah berjaya dalam Industri Kecil dan Sederhana. Foto Mohd. Hairul Baharuddin Abu BakarLEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu, Panchor.

Perusahaan yang pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan itu kini mempunyai sebelas orang pekerja dan kebiasaannya memerlukan tenaga tambahan sementara sehingga 80 orang menjelang  musim perayaan.

Antara produk sejuk bekunya ialah karipap, kasturi, roti canai, pau, donut, popia, begedil daging, getuk ubi, roti arab, roti kukus, seri ayu, keria dan wadeh manakala  kuih batang buruk mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan terutama Aidilfitri.

Produk sejuk beku itu boleh disimpan sehingga enam bulan di dalam peti sejuk khas manakala kuih batang buruk boleh bertahan selama dua hingga tiga bulan.

Perusahaan Aini Foods mampu mengeluarkan lebih kurang lima jenis produk sejuk beku untuk dipasarkan dalam tempoh sehari. Mereka menggunakan beberapa mesin seperti pengisar, penguli, pengering minyak  dan pembancuh tepung.

Aini Foods berkembang maju hasil bantuan dan latihan dari Jabatan Pertanian dan FAMA. Produknya dipasarkan disekitar Muar dan Kuala Lumpur. Ia juga dijual secara langsung di Pasar Tani Bukit Gambir.

Perusahaan itu pernah mengalami kerugian sebanyak RM200,000 ketika banjir melanda Johor 2006 dan 2007, namun ia tidak mematahkan semangat Aini bukan sahaja untuk meneruskan kegiatan itu malah meluaskannya.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

SUMBER REZEKI

article thumbnailAini usahawan sejuk beku
15 August 2009 03:53
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu,...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]