Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Getar Budaya Teater Tari Malim Deman di Auditorium RTM
Thu 09 Sep 2010
 
Teater Tari Malim Deman di Auditorium RTM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi   
Khamis, 25 Jun 2009 18:03 | 751 hits
ORANG ramai dijemput menyaksikan pementasan Teater Tari Malim Deman bertempat di Auditorium RTM, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, jam 8 malam pada 26 dan 27 Jun ini.

Pementasan anjuran Yayasan Warisan Johor itu bertujuan untuk mengangkat salah sebuah hikayat yang menceritakan keagungan kerajaan Melayu lama khususnya di Johor.

Ia juga bertujuan untuk mendedahkan masyarakat terutama generasi baru dalam mengenal dan menghayati falsafah sastera Melayu Lama.

Selain itu, Teater Tari Malim Deman itu juga memberi peluang berkarya kepada anak Johor.

Teater arahan Shukor Md Noor akan dipentaskan selama dua jam membabitkan 50 karyawan seni yang terdiri daripada penari, pelakon dan pemuzik.

Pas masuk percuma boleh didapati di Pejabat Yayasan Warisan Johor, JKR 293 Jalan Mariamah dari jam 8 hingga 5 petang, dari 22 hingga 26 Jun ini.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman antara yang dijangka akan hadir pada 26 Jun ini untuk menyaksikan pementasan itu.
Komen (2)Add Comment
...
Dikomen oleh Amirull bin Salihing, June 26, 2009
best nye dapat tengok teater..
da lama tak tengok teater..
nak tengok
Dikomen oleh tamingsari, June 26, 2009
Kwn memang x ada pengalaman tengok teater.
Malim Deman ni memang ada lagenda ke ape? Mcm x pernah dengar plak...

Sayang plak mlm ni, kwn ade hal... huhu...Kalu ade ulang tayang boleh juga pikir2...

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]