Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Angin Berbisik Satu, dua, tiga…lekuk…
Thu 09 Sep 2010
 
Satu, dua, tiga…lekuk… PDF Cetak E-mail
Jumaat, 19 Jun 2009 11:58 | 803 hits
BISIKAN angin bawa khabar Sultan Johor tolak hasrat Lee Kuan Yew nak mengadap baginda. Itu berlaku sebelum Lee menjelajah lapan hari hampir ke seluruh negeri di Semenanjung.
 
Baik Lee mahupun pihak yang ditemuinya, sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang di luar Johor, semuanya senyum, sengih dan seronok. Pendekata suka belaka.

Kita tak tahu mengapa Sultan Johor tak terima Lee. Yang kita yakin, Lee penuh dengan agenda. Sebab itu dia jumpa dengan pemimpin-pemimpin pusat dan pemimpin negeri lain.

Maaf, bukan nak menyinggung, tapi macam helah sang kancil nak seberangi sungai. Dia minta buaya beratur kononnya ada bancian. Maka dia berjalan atas badan buaya dan bilang satu…dua…tiga..lekuk…kepala siapa kena ketuk…LEKUK di ketuknya, hinggalah ke seberang sungai.

Semalam (18 Jun) soal Singapura jadi perhatian lagi di Johor (Khamis 18 Jun). Kali ini, Sultan Johor titah tidak setuju dengan cadangan nak bina jambatan ketiga di antara Malaysia dan republik itu.

Titah Sultan itu legakan rakyat Johor dan redakan resah gelisah pemimpin-pemimpin negeri.

Apa tidaknya, sejak cadangan bina jambatan baru itu timbul sempena lawatan Perdana Menteri ke Singapura, rakyat Johor resah. Tak faham mengapa nak buat jambatan ketiga, sedangkan hal Tambak Johor tak selesai.

Orang luar Johor mungkin kurang faham. Sebab tu ramai komen mengapa Sultan Johor campur tangan. Sultan Johor, sebenarnya tak pernah halang pembangunan. Johor membangun pesat dengan macam-macam projek. Tak ada bantahan dari Istana pun.

Iskandar Malaysia yang ramai orang hentam pun, Sultan Johor sokong sebab ia bawa faedah kepada rakyat.

Tapi kali ini, ia menyampaikan apa yang rakyat rasa. Rakyat tidak gembira dengan cadangan jambatan ketiga. Tak perlu kita ulas mengapa rakyat tak gembira. Mereka yang bijaksana di luar Johor tentu boleh fikir secara rasional.

Tindakan Sultan Johor juga tepat. Titah dibuat di Dewan Negeri Johor, iaitu badan perundangan tertinggi negeri. Memang Sultan tiada kuasa eksekutif, tapi titahnya di dewan negeri. Apa maknanya? Anda FIKIRLAH SENDIRI.
Komen (4)Add Comment
kepentingan diri sendiri
Dikomen oleh rudy, June 24, 2009
singapura mempunyai agenda tersendiri, memang dalam erti kata lee masuk ke malaysia sebagai risikan dan meminta sokongan, buat baiknya mempunyai makna yang tersirat.

hal malaysia sendiri belum selesai inikan pula nak cerita hal luar negara..
negara kita telah banyak di hentam oleh singapura, cakap besar dan lantang bersuara, kenapa kita perlu berbaik lagi dengannya,

ingat pasal isu air,tanah,ruang angkasa, semuanya kita telah bagi keistimewaan, tetapi apa yang kita dapat,

bak kata pepatah, seperti melepaskan anjing yang tersepit. seperti kacang lupakan kulit, jenis tak kenang budi.

jambatan yang ingin dibuat pon tak siap lagi, sampai terbengkalai, habis semua, meningkat kos pembangunan, kita kerugian besar disebabkan pembatalan tu..

bak kata, biarkan sahaja negerinya tenggelam, jangan bagi tanah, jangan kasi air, jangan bagi guna ruang udara, tgk pandai2 lah nk hidup.

banyak hak kita dia rampas, pulau batu putih, pulau yang banyak johor punya semua dia nak, silap2 lama-lama nnt dia kata johor pon dia punya...
dasar muka tak tahu malu..
...
Dikomen oleh tamingsari, June 26, 2009
Setuju sangat... buat apa nak layan Lee Kuan Yew tu, dapat apa? Kita pulak nk terkesing2 sibuk nk layan dia datang Malaysia..

Dia layan Malaysia cam budak2...asik kena buli semua benda. Jd harap ramailah yang sedar mcm Sultan Johor ni... Daulat tuanku!

Pasal jambatan plak, daripada lurus, x jadi... nak jadikan bengkok pn tak jadi2, sebab apa? Sebab yang banyak sebab. Satu degil dan satu penakut... Lepas tu nk pulak buat yang ketiga. Urusan yang lama masih banyak masalah...

Orang Johor x suke..ermm kalau bukan semua... kwn ajer la yang x suka...
...
Dikomen oleh rudy, June 30, 2009
kesalahan ni semua disebabkan kelemahan dan kelembutan pemimpin kita..
kalau perkara ni sepatutnya harus diuruskan kerajaan negeri. bukan persekutuan... bila kerajaan persekutuan buat, bila dah terbengkalai mcm ni lepas tangan.... birokrasi dan politik.

ketegasan semasa tun dr. mahathir amat menggerunkan semua negara. suara lantangnya menunjukkan negara gagah...
...
Dikomen oleh KudaKepang, December 14, 2009
Daulat Tuanku

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]