Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Riadah & Tempat Menarik Air Terjun Kota Tinggi Beri Ketenangan kepada Pengunjung
Wed 08 Sep 2010
 
Air Terjun Kota Tinggi Beri Ketenangan kepada Pengunjung PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rudy dan Fairus (kumpulan keroncong | Jelajah Johor)   
Selasa, 16 Jun 2009 17:52 | 1691 hits

Air Terjun Kota Tinggi adalah salah satu pusat rekreasi yang terkenal di negeri Johor. Perjalanan bandar Kota Tinggi untuk pergi ke air terjun sejauh 15km itu mengambil masa di antara 10 hingga 20 minit, bergantung kepada kelajuan pemanduan.

Asalnya, air terjun ini diurus oleh kerajaaan negeri, kemudian berpindah tangan kepada kerajaan pusat, dan diswastakan pada tahun 1990. Selepas bertukar tangan, keadaan menjadi kurang terurus. Pada tahun 2006 pengurusannya diambil alih pula oleh Only World Group. Syarikat ini telah mengambil langkah-langkah sewajarnya memajukan tempat itu  bagi menarik pelancong datang ke situ.

Di sekitar air terjun yang terletak di Gunung Muntahak ini  juga terdapat banyak monumen sejarah seperti petempatan dan kubu Jepun. Kawasan ini dahulunya pernah didiami oleh askar Jepun kerana ia terletak berhampiran sebuah lombong bijih besi. Malah terdapat juga sebuah batu yang boleh melekat pada magnet.

Bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah RM7.50 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Kenderaan pula dikenakan RM3 bagi kereta dan  RM1 bagi motosikal. Bayaran ini adalah untuk menampung kos penyelenggaraan dan penambahbaikan seperti menjaga kebersihan dan keselamatan.  Ia juga bagi meningkatkan  kualiti kawasan rekreasi tersebut seperti meletakkan pasir putih pada dasar sungai agar airnya kelihatan jernih.

Menurut maklumat pihak pengurusan, hampir 1000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke situ setiap hujung minggu. Pada musim cuti sekolah atau hari-hari kelepasan am,  jumlah pengunjung meningkat sehingga 4000 orang.

Air terjun setinggi 34 meter itu bukanlah satu-satunya daya tarikan yang ada di sini. Selain papan luncur dan tiga kolam mandi semula jadi, pusat rekreasi itu turut menyediakan tempat penginapan seperti chalet dan dorm, tapak perkhemahan, restoran, bilik mesyuarat Malah terdapat juga sebuah batu yang boleh melekat pada magnet dan kolam renang.

Penginapan dibahagikan kepada pakej-pakej tertentu mengikut bilangan pengunjung. Bagi pengunjung yang mahu merasai pengalaman dalam hutan, mereka boleh melakukan aktiviti paint ball in forest, iaitu situasi berperang di dalam hutan, jungle tracking, jungle night walk, dan flying fox.

Air terjun yang terletak di kawasan hutan tebal hijau dengan airnya yang dingin dan dipenuhi dengan  bunyi unggas hutan ini sememangnya dapat memberi ketenangan kepada pengunjungnya.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]