Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Nak Makan Apa Ek? Teruja dengan aroma kopi Kluang
Thu 09 Sep 2010
 
Teruja dengan aroma kopi Kluang PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh holistik   
Sabtu, 30 Jun 2007 08:00 | 881 hits
STESEN Keretapi Kluang dengan binaan separuh kayu ala bangunan pekan koboi, tidak menarik minat sesiapa pun. Namun, ada yang sanggup memandu beratus kilometer sejauh dari ibu negara untuk singgah di sini.
 
Ia bukan kerana nilai sejarah stesen itu yang kini berusia lebih 90 tahun, tetapi dek tarikan aroma kopi dan roti bakarnya yang harum sehingga ke Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh.

Begitulah kuatnya daya tarikan Kluang Rail Coffee, yang sudah 68 tahun wujud untuk melayan cita rasa penggemar kopi dan roti bakar, sehingga dikatakan “tidak sah ke Kluang jika tak singgah minum di stesen keretapinya,”.

Bermula kecil-kecilan, aroma Kluang Rail Coffee kini sudah boleh dinikmati di gedung beli-belah yang besar atas nama Kluang Station di One Utama, Ikano serta Tesco Ampang; di Tesco Melaka dan Taman Istana di Ipoh.

“Lokasi di luar Johor memang lagi hebat, Kluang sendiri dah pesat membangun, namun di hujung sudut Stesen Keretapi Kluang ini, kami masih lagi di sini dengan perniagaan yang sama,” kata Jack Lim, generasi ketiga yang mewarisi pernigaan kopi itu.

ImageMenyingkap kembali sejarah permulaannya, beliau menceritkan datuknya Lim Luan Yee memulakan perniagaan itu pada 1938 dengan cara berdikit-dikit membeli barang-barang bagi menyediakan kopi dan roti.

“Dulu, modal memang terhad. Datuk kami hanya membeli setin susu dan setiap kali habis beliau akan pergi membelinya lagi.Kini selepas 68 tahun, perniagaan ini telah kukuh dan dikenali ramai,” katanya.

Lim yang membantu perniagaan itu sejak kecil lagi ketika datuknya sendiri yang berniaga berkata, tradisi penyediaan kopi, kaya dan roti masih dikekalkan walaupun pengurusan Kluang Rail Coffee telah berganti tangan.

“Resepi kaya yang menjadi resepi turun temurun ini hanya diketahui di kalangan kami yang terlibat dengan perniagaan ini.

“Malah pada masa datuk dulu, kopi yang kita gunakan kita goreng sendiri. Cuma sekarang, permintaan semakin banyak, jadi kami kena hantar ke kilang untuk menggorengnya.

“Kami juga masih membakar roti menggunakan arang bagi mengekalkan rasa keasliannya sama seperti persekitaran perniagaan yang tidak berubah,” katanya.

Di  Stesen Keretapi Kluang ini, Kluang Rail Coffee beroperasi setiap hari  dari jam 7 pagi hingga jam 12.30 tengah hari untuk sesi pagi dan jam 2.15 hingga 6.00 petang, kecuali hari Khamis.

Mereka menutup perniagaan pada setiap Khamis atas permintaan pekerja untuk berehat sebelum bekerja keras melayan pelanggan yang tidak putus-putus untuk tiga hari yang sibuk iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Keadaan ini membuatkan Kluang Rail Coffee terpaksa mendapatkan khidmat pekerja sambilan pada tiga hari menjelang hujung minggu bagi membantu sepuluh pekerja sepenuh masa dalam melayan lebih 300 pelanggan setiap hari.

“Kami menganggap siapa sahaja di sini seperti ahli keluarga dan kami memberikan yang terbaik untuk mereka dan dari situ kami percaya cerita dari mulut ke mulut yang membawa kami ke seluruh tempat.

Image“Kami di sini kenal dengan pelanggan-pelanggan kami terutama yang tetap ataupun masih baru. Bukan itu sahaja, kami juga tahu minuman dan jenis roti yang menjadi kegemaran mereka sama ada roti bulat atau panjang.

“Kami mahu pelanggan kami rasa dihargai dan kami cuba sebaik mungkin untuk mengingati semua itu selagi termampu,” kata Lim menjelaskan antara rahsia konsep mesra pelanggannya.

Begitulah, secawan  kopi dengan aromanya yang harum dan keenakan rasa roti bakar telah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, agama, pangkat atau kedudukan.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

MB: Hayati konsep keadilan
17 August 2010
KOTA TINGGI, 17: Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghayati konsep keadilan yang sekian lama diamalkan di Malaysia. 
More in: Fokus Harian

MAKAN APA EK?

Selera menghirup di Parit Jawa
22 October 2007
TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]