Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar Riadah & Tempat Menarik Pusat Informasi Kota Johor Lama Pamerkan Banyak Artifak
Thu 09 Sep 2010
 
Pusat Informasi Kota Johor Lama Pamerkan Banyak Artifak PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Noor Hanizah Ariffin (kumpulan Ghazal | Jelajah Johor)   
Jumaat, 29 Mei 2009 08:00 | 911 hits

Unik... Pusat informasi ini dibina daripada kayu tanpa menggunakan paku. [Foto oleh Farid Nurdin]Setelah bangunan ini siap sepenuhnya pada Julai 2006, ia diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia. Sesuai dengan fungsinya sebagai pusat informasi, ruangannya disesuaikan dengan konsep pameran.

Reka bentuk bangunan Pusat Informasi ini bercirikan seni bina Melayu tradisional yang menggunakan 100 peratus kayu dengan penggunaan tanggam serta pasak tanpa menggunakan paku.

Pembinaan bangunan ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang sejarah kegemilangan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu selepas kejatuhan Melaka.

Selain itu, ia juga mempamerkan artifak-artifak yang ditemui semasa kerja-kerja penggalian arkeologi oleh penyelidik  dari dalam dan luar negara yang dijalankan sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah tahun 2002.

Menurut seorang pengawal keselamatan bangunan tersebut, Rosnah Abdul Rahman, pelawat-pelawat ke bangunan tersebut datang dari seluruh Malaysia. Pada tahun 2008 sahaja, katanya, kira-kira 12 ribu pelawat berkunjung ke pusat tersebut.
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
LAST_UPDATED2
 
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]