|
Anak jati Johor wajar ke Muzium Kota Tinggi |
|
|
|
|
Ditulis oleh Zulkifli Khair (kumpulan Barongan | Jelajah Johor)
|
|
Rabu, 27 Mei 2009 08:00 | 992 hits
|
![Unik...antara peralatan lama yang masih kekal diletakan di muzium ini. [foto oleh Kamal Khalil] Unik...antara peralatan lama yang masih kekal diletakan di muzium ini. [foto oleh Kamal Khalil]](/v5/images/stories/news/muziumkote.jpg) TIDAK sampai sejam berada di Muzium Kota Tinggi, anda mampu menggarap sejarah awal Kerajaan Johor, khususnya mulai pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II sehingga Sultan Mahmud Shah II. Artifak, peralatan lama, gambar rajah, lukisan, diorama dan teks yang dipamerkan bukan sahaja memudahkan pengunjung, malah memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bagi anak jati Johor khususnya, lawatan ke muzium berkenaan amat berguna dalam memahami sejarah negerinya sendiri terutama pada era pasca kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II (1564-1571), Johor Lama dan Seluyut yang termasuk dalam daerah Kota Tinggi pada pada suatu masa dulu adalah pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Johor.
Pada masa itu, tebing Sungai Johor menempatkan sebuah kota dan pelabuhan negeri Johor yang penting.
Di muzium ini juga, pengunjung dapat mengetahui kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang. Di sinilah juga sumbangan Tun Sri Lanang terhadap penulisan Sejarah Melayu dapat diapresiasi.
Pendek kata, setiap aspek penting dalam sejarah awal Johor dapat dipelajari di sini, sekali gus memberikan kefahaman bahawa sejarah adalah sesuatu yang indah dan amat tidak wajar untuk tidak diendahkan. Maka, anak jati Johor Bagi pengunjung yang mahukan maklumat yang lebih mendalam mengenai sejarah awal dan moden Johor Darul Takzim. wajar mengunjunginya.
Muzium ni dibuka pada tahun 1977. Sejak tahun 2001, ia diselenggara oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ). Masuk adalah percuma dan ia dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, kecuali hari Jumaat.
Bagi pengunjung yang mahukan maklumat yang lebih mendalam mengenai sejarah awal dan moden Johor Darul Takzim, mereka boleh membeli buku-buku sejarah terbitan YWJ di muzium ini.
Maklumat lanjut muzium: Alamat: Muzium Kota Tinggi, JKR 1858 (P), Jalan Laksamana, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tel : 607-8835749/8831498 Faks : 607-8835542. Laman web: http://www.ywj.gov.my/utama/muzium_kota_tinggi_ltrblkg.htm
 |