Lupa password? Lupa username? Cipta Akaun
Anda di sini > Home Khabar 50 peratus kontraktor tempatan untuk pembangunan penempatan semula di Pengerang
Mon 20 May 2013
 
50 peratus kontraktor tempatan untuk pembangunan penempatan semula di Pengerang PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh   
Khamis, 13 Disember 2012 17:29 | 506 hits
KOTA ISKANDAR: Kerajaan negeri komited memastikan penyertaan sekurang-kurangnya 50 peratus penyertaan kontraktor tempatan dalam pembangunan penempatan semula di Pengerang, Kota Tinggi.

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, pemberian kerja kontrak penempatan semula (Plot A) di kawasan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan akan diagihkan mengikut sistem sub- pertukaran.

"Sehingga kini hanya 40 peratus daripada keseluruhan kerja kontrak diberikan kepada kontraktor yang berkelayakan dan separuh daripada jumlah itu terdiri daripada kontraktor bumiputera Johor.

"Manakala kontraktor dari Pulau Pinang yang sebelum ini mendapat perhatian ramai sebelum ini adalah kontraktor yang berjaya dalam proses pemilihan tender dan hanya menjalankan 25 peratus kerja kontrak di Plot A," katanya ketika menjawab soalan Datuk Harun Abdullah (BN-Tanjong Surat) pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri turut memberi jaminan untuk mengekalkan nama penempatan semula mengikut nama asal bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan baru.

"Apabila penduduk berpindah ke Plot A, konsep penempatan semula yang dicadangkan ialah mengekalkan kembali suasana kampung sedia ada di kawasan penempatan baru mereka.

"Ini bermakna penduduk di kampung terbabit masih tinggal bersama, mengekalkan nama dan ketua-ketua kampung sedia ada," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerja menambak tanah perkuburan Islam di Pengerang dipantau Juruukur bahan kerajaan yang bertauliah, selain memantau kerja-kerja perpindahan bagi memberi laluan kepada pelabur melakukan kerja-kerja tanah.

"Oleh itu, kerja perpindahan kubur Islam tidak boleh dilakukan selepas penduduk berpindah ke kawasan penempatan semula," katanya.


Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

FOKUS HARIAN

Guru tingkat pembangunan modal insan
20 May 2013
JOHOR BAHRU: Johor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berazam melaksanakan dasar ekonomi yang agresif bersandar pada kesaksamaan yang ada di negeri ini.
More in: Fokus Harian

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

ANGIN BERBISIK

Kalimah Allah dalam Rukunegara?
06 January 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada mereka yang beramal di masjid dan Selamat...

MATA HATI

Projek RAPID Pengerang - Apa sebenarnya motif penentang?
23 December 2012
BENARKAH penduduk daerah kecil Pengerang menolak pembangunan industri minyak dan gas di kawasan...
 

logo botHakcipta Terpelihara © 2009 Medkom
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Segala surat atau komen yang disiarkan adalah pandangan penulis itu sendiri dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Medkom. Segala pandangan yang dikirim amat dihargai.
Paparan terbaik dengan Firefox 3.0 [ resolusi 1024x768 ]