|
Ditulis oleh Noraziyani Mohamad (GEN3/ Jelajah Johor)
|
|
Sabtu, 15 Ogos 2009 11:53 | 2213 hits
|
LEDANG: Berkat kesabaran dan tekad untuk membesarkan dua orang anak, seorang ibu tunggal, Aini Ayub kini menjadi seorang pengusaha produk sejuk beku dengan jenama Aini Foods di Kampung Melayu, Panchor.
Perusahaan yang pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan itu kini mempunyai sebelas orang pekerja dan kebiasaannya memerlukan tenaga tambahan sementara sehingga 80 orang menjelang musim perayaan.
Antara produk sejuk bekunya ialah karipap, kasturi, roti canai, pau, donut, popia, begedil daging, getuk ubi, roti arab, roti kukus, seri ayu, keria dan wadeh manakala kuih batang buruk mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan terutama Aidilfitri.
Produk sejuk beku itu boleh disimpan sehingga enam bulan di dalam peti sejuk khas manakala kuih batang buruk boleh bertahan selama dua hingga tiga bulan.
Perusahaan Aini Foods mampu mengeluarkan lebih kurang lima jenis produk sejuk beku untuk dipasarkan dalam tempoh sehari. Mereka menggunakan beberapa mesin seperti pengisar, penguli, pengering minyak dan pembancuh tepung.
Aini Foods berkembang maju hasil bantuan dan latihan dari Jabatan Pertanian dan FAMA. Produknya dipasarkan disekitar Muar dan Kuala Lumpur. Ia juga dijual secara langsung di Pasar Tani Bukit Gambir.
Perusahaan itu pernah mengalami kerugian sebanyak RM200,000 ketika banjir melanda Johor 2006 dan 2007, namun ia tidak mematahkan semangat Aini bukan sahaja untuk meneruskan kegiatan itu malah meluaskannya.
 |
|
LAST_UPDATED2 |